Friday 18 January 2013

CHASE YOUR DREAMS



Aida tau semua orang ada IMPIAN. Kalau Aida kumpul impian setiap orang confirm satu buku tebal aida boleh publishkan. Bezanya sama ada kita bagitahu pada sesiapa impian kita itu atau kita pendamkan sahaja dalam hati kita. Kadang-kadang kita malu sebab takut tak tercapai ataupun rasa mustahil dapat mencapai impian kita. So, kawan-kawan jangan takut berimpian kerana ianya PERCUMA sahaja..tak perlu takut pun. Orang bank takkan kejar kita, Ah Long pun takkan kejar kita sebab berimpian..hehe


1. SHARE YOUR DREAM





Aida pun ada impian. Untuk kejar impian, bagi Aida aida perlu share dengan seseorang yang boleh kita percaya dan boleh bantu kita capai impian tersebut. Contohnya kalau nak jadi Ustaz, kenalah share impian kita dengan Ustaz yang berpengalaman, kalau nak jadi Arkitek yang berjaya kenalah berguru dengan arkitek yang berjaya. Kalau nak jadi pakar motivasi kenalah berguru dengan Pakar Motivasi.

Nak berjaya kenalah pergi berguru dengan orng yang berjaya. Bukan pergi berguru dengan orang yang salah....Just simple as that.

2. CHASE YOUR DREAM

Sebab itu kita kena share our dreams with the right person. Kita mesti kongsi impian kita dengan orang betul. Sebab bila kita share dengan orang yang dah pakar dalam bidang tu, mereka akan tolong kita dan bagi jalan how to achieve it. Kalau kita berkongsi dengan orang yang salah. Susahla kita nak capau impian kita.

Aida share impian aida dengan 2 pasangan ni. Pasangan mentor aida CDM Hanis dan Cdm Razali Zain and of course pasangan leader aida DSM Rosmini dan Abang Faizul. Alhamdulillah, memang aiada berkongsi dengan orang yang hebat. Mereka bagi jalan dan cara untuk aida kejar impian aida sampai aida yakin yang I can achieve my dreams. Aida bersyukur sangat Allah temukan aida dengan 4 orang insan ini. Alhamdulillah







3.  BELIEVE IN YOUR DREAM

Rata-rata semua orang yang berjaya seperti Datuk Maznah, Irfan Khairi, Datuk Siti Nurhaliza semuanya sebab mereka percayakan impian mereka jadi kenyataan. Apabila mereka percaya, mereka pergi mengejar impian mereka. Berusaha untuk mencapai impian mereka sehingga menjadi realiti.

Sama juga sebenarnya dalam kehidupan kita, kita percaya dengan Tuhan kita dengan agama kita, sebab itu kita bersungguh-sungguh membuat amal kebajikan dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Sebab kita percaya adanya syurga dan neraka.




4. YOUR DREAM WIL BECOME REALITY

Jika kita berterusan melakukan ketiga-tiga perkara di atas, pasti kita akan dapat mencapai impian kita. Our dream will become a reality. Cuma asas untuk mencapai impian kita kena kuat. Perlu berada dengan orang yang sama-sama boleh membantu kita untuk mencapai impian.

Pastikan kita ada ilmu dan aplikasikan setiap ilmu yang kita peroleh walaupun kita belum kuasai ilmu tu 100%. Practice makes perfect.

5. IT IS YOUR DREAM

Itu adalah impian kita. Kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya dan menjadikannya realiti. Bukan kita harapkan orang lain untuk laksanakan impian kita. Untuk berjaya, dugaan dan cabaran itu biasa. Cuma kita perlu bijak menghadapinya. Jangan sebab ada 1 dugaan, kita terus berhenti kejar impian kita. YOU ARE TOTALLY WRONG.... Nak sedapkan hati sendiri, takpe la bukan rezeki aku.

Kita semua kena ingat, ALLAH TURUNKAN HUJAN SEBAB NAK TURUNKAN PELANGI..
Begitu juga dengan dugaan dan cabaran kita, jangan sebab sesuatu perkara yang menghalang anda terus berhenti mengejar impian anda..




We can do anything
We can be anyone
Just close your eyes
And try to see
If you believe :)

Lots of luv
~Aida Ruslan~
017-2648491


No comments:

Post a Comment